KATA NAMA KHAS DAN KATA NAMA AM DARIPADA CIKGU BAZZI 1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti :- a) Orang b) Haiwan c) Tumbuh - tumbuhan d) Tempat e) benda Dengan kata lain , perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum . Contoh :- Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri 2. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang : a) konkrit iaitu nama sesuatu yang dipegang atau dapat dirasa serta dapat dilihat . b) abstrak iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan . 3. Kata Nama Am Konkrit dan Kata Nama Am Abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kat...