KATA NAMA KHAS DAN KATA NAMA AM
DARIPADA CIKGU BAZZI
1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti :-
a) Orang
b) Haiwan
c) Tumbuh - tumbuhan
d) Tempat
e) benda
Dengan kata lain , perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum .
Contoh :-
Manusia , orang | ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar |
binatang | ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan |
tumbuh- tumbuhan | pokok, betik, rumput, lalang |
benda | pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, |
tempat | pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri |
2. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang :
a) konkrit iaitu nama sesuatu yang dipegang atau dapat dirasa serta dapat dilihat .
b) abstrak iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan .
3. Kata Nama Am Konkrit dan Kata Nama Am Abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan .
4. Berikut merupakan beberapa contoh kata nama terbitan :
* buai - buaian
* tua - ketua
* raja - kerajaan
* tahu - pengetahuan
Kata Nama Am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat .
Contohnya :
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. | Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. | Pada awal ayat |
1. Kata Nama Khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan tdak bernyawa .
2. Benda - benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang . Benda - benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat , judul buku , nama bangunan dan sebagainya .
3. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu , khusus atau khas .
Contohnya :
a) benda seperti Volvo dan Parker 45 .
b) orang seperti Cik Hazimah , Inspektor Tan dan Dr. Roslan .
c) binatang seperti Pak Belang dan Sang Kancil .
d) tempat seperti Kampung Baru , Kota Bharu dan Kuala Lumpur .
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar .
manusia | Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam |
binatang | Tompok (kucing),
Jalak (ayam) |
tempat | Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara) |
bangunan | Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat) |
judul buku | Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku) |
benda | Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam) |
Perbandingan Antara Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan | Kata Nama Am | Kata Nama Khas |
Benda | bangunan
kereta
buku
sekolah | Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau |
Orang | doktor
kerani
guru
budak lelaki | Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi |
Binatang | kucing
lembu
katak
ayam
burung | Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai |
Tempat | negeri
bandar
kampung
tasek | Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana |
Tumbuhan | pisang
cili
jambu
limau | Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi |


Comments
Post a Comment