Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

PENERANGAN TENTANG KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

    KATA NAMA KHAS DAN KATA NAMA AM                   DARIPADA CIKGU BAZZI  1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti :- a) Orang b) Haiwan c) Tumbuh - tumbuhan d) Tempat e) benda Dengan kata lain , perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum . Contoh :-  Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri 2. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang : a) konkrit iaitu nama sesuatu yang dipegang atau dapat dirasa serta dapat dilihat . b) abstrak iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan .  3. Kata Nama Am Konkrit dan Kata Nama Am Abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kat...